Kamunting itu lahir dari usaha Perlombongan Bijih Timah. Ingat aku pada masa dahulu bilamana, perumahan kuates perlombongan kami di pagari lebih 12 kaki pagar, kononnya untuk menghalang komunis datang mengangu pekerja2 lombong yang terdiri daripada pelbagai bangsa.
Ketika itu hidup rukun damai, bersama-sama bergaul mesra Melayu, China dan India. Kenal mengenali, hormat menghormati.Aku rasa perhubungan akrab ini lahir akibat semua mereka datang dari pelbagai tempat di tanah melayu dan ditempatkan disini. Kami amat faham perhubungan bangsa Malaysia itu sendiri. Tidak kekok bersama dan mengenali sesama kami.
Ketika itu aku masih kecil, banyak perkara yang berlaku hanya dicebisan ingatanku, aku bukan pemain utama hanya pengikut arus tanpa memahami erti segala. Tetapi aku ingat saat-saat manis tingal disana. Kini perumahan Lombong itu tinggal sejarah, walau keluarga aku adalah dikira majoriti dikawasan itu, lebih 15 keluarga yang tingal disitu mempunyai talian kekeluargaan terus atau tiduk terus dengan ku. Kesemua mereka sudah berpindah keluar keserata negara dan hubungan lampau hanya tinggal nostalgia yang sesekali diungkit dalam tangisan dan berita kepergian kawan-kawan yang mungkin diberitahu setelah lama berlaku.
Keluarga ku berpindah ke Kampung Jana, suatu kawasan yang agak asing bagiku, rumah itu peningalan Nendaku kepada ibuku. Tetapi dengan pantas aku dapat menyesuaikan diri dengan kawasan disitu. dimudahkan dengan jiran-jiran baru juga sekelas dengan ku. dan aku yakin pengalaman hidup di kasan kuartes perlombongan mengajar aku untuk mudah menyesuaikan diri walau dimana aku berada. Ia terbukti disepanjang pengalaman hidupku.
Kampung ku Kampung tersusun yang kesemuanya keluarga Melayu dan kawasan terbesar di Kawasan Adun Kamunting, Boleh dikatakan semua Adun yg lahir dari Kamunting berasal dari Kampung Jana, dan kalau jumpa orang di Kuala Lumpur yang berasal dari Kamunting, lebih separuh kemungkinan ia berasal dari Kampung Jana.
Asas ekonomi kamunting juga berubah, daripada perlombongan kini Kamunting bertukar jadi kawasan industri pengilangan. Banyak produk Fabrik dunia dikeluarkan di Kamunting. Aku masih ingat setiap hari ketika jam 7pagi, 3petang dan 11 Malam banyak manusia akan menyusuri jalan di hadapan rumahku untuk pulang dan pergi bekerja. Ekonomi kamunting amat mampan tetapi tidak mempunyai potensi masa hadapan.
Umpama itik pulang petang banyak kilang-kilang fabrik terpaksa ditutup, industry kecil yang lain juga mendapat tempiasnya. Walaupun masih ada industri kecil yang masih beroperasi, ianya belum cukup untuk melonjakkan ekonomi Kamunting.Masih banyak kilang lama yang masih belum beroperasi dan masih banyak kawasan baru yang belum diteroka.
Faktor ini juga menyebabkan ekonomi Kamunting tidak boleh dikawal, kalau dilihat pelbagai indusri kecil tumbuh bak cendawan tanpa mempunyai daya saing yang mampan. Walau bagaimanapun kelangsungan hidup warga Kamunting dengan adaptasi industri ini sudah bagai hubungan simbiotik yang saling memerlukan. Kilang tutup dan buka itu sudah lumrah di kamunting. Penduduknya juga sudah biasa hidup dalam suasana begini.
Anak-anak yang dihasilkan dari kamunting juga tak kurang hebatnya di mata dunia, ramai keluaran Sekolah King Edward V11, St George, Hua Lian, MRSM, MCKK, STAR, All Saint, Long Jaafar, Sekolah Menegah Kamunting dan banyak lagi Universiti hebat dan sekolah hebat di dunia. Beberapa minggu sudah, aku ke Qatar untuk urusan melawat pejabat kami di Qatar. Aku bertembung dengan seorang budak Kampung Jana yang tinggal berhadapan dengan rumah kami di Kampung Jana. Saudara Roslan kini bekerja dengan sebuah syarikat dari New Zealand yang juga berada di Qatar.
Aku terpangil untuk menulis betapa jauhnya aku megembara untuk berjumpa dengan keluaran Kampung Jana di sana. Dari Kamunting ke Dunia mereka megembara. Aku bangga juga jadi produk Kampung Jana. Sebuah Kampung yang besar yang juga menjadi Kubu kuat parti pemerintah yang masih UTUH di Taiping. Tidak lapuk ditelan zaman.
Kini ada nama baru yang bersinar di Kamunting. Taman Bukit Jana, Tempat yang menjadi tempat beriadah aku dan kawan-kawanku kini mempunyai kepadatan penduduk yang lebih dari Kampung ku. Taman Ini sekarang Mewarnai kamunting dan kepesatan Kamunting telah beralih arah ke Taman Bukit Jana.
Apa sesudah sekarang untuk Kamunting?, suatu tempat yang terkenal dengan tahanan ISA nya, hampir semua tokoh popular politik pembangkang pernah menjejakkan kaki ke Pusat ini. Tetapi Kamunting perlukan pemangkin baru. Taman Sains untuk R&D, Kampus Induk University Tersohor, Teknologi Tinggi dalam Solar, Tenaga Guna Semula dan lain-lain lagi. Hanya peluang berpendapatan tinggi dapat membawa pulang anak-anak Kamunting ke Kamunting. Dan hanya pelajaran tinggi sahaja mampu membawa perubahan kepada sosio ekonomi Taiping dan Kamunting yang masih dikuasai bukan Melayu.
Dengan kata lain, Kamunting memerlukan Permodenan sekala besar bagi melonjak ekonomi melayu.Pusat-pusat membeli belah juga tidak dikuasi oleh org melayu. Hanya dengan membawa pulang warga kamunting dapat melonjak ekonomi melayu kerana, hanya "Jauhari Mengenal Manikan", hanya warga Kamunting yang akan kekal dihati mahu kembali dalam perjuangan berterusan membawa KAMUNTING KE DUNIA.
Nukilan: AMIR DUNIA