PeaceLover

Hi thanks for visiting my BLOG, this is venue for me to Pen down my thoughts. I love current issues..i will try to pen it base on current issues.

Tuesday, March 22, 2011

KEJATUHAN KEPIMPINAN KHALIFAH ISLAM

"Apabila engkau gagal mempertahankan negaramu, sedangkan dahulu kau adalah seorang tentera yang gagah dan berani. Kini, apa gunanya engkau menangis seperti seorang wanita?” 

Ungkapan yang cukup bersejarah! Diungkapkan oleh ibu kepada Sultan Abu Abdullah, pemerintah Islam terakhir di Andalusia yang menangis teresak-esak sambil memandang penuh kesayuan keindahan Istana Al-Hambra dari jauh yang kini hanya tinggal kenangan. Sultan Abu Abdullah dan ahli keluarganya ketika itu dalam perjalanan melarikan diri ke Afrika Utara setelah gagal mempertahankan kerajaan mereka di Granada. Disaat itu juga kegemilangan Islam di Andalusia rebah dan beberapa ketika lagi, majlis perarakan pasangan Raja Ferdinand V dan Isabella untuk memasuki Istana Al-Hambra akan dilangsungkan.

Saat kegemilangan Andalusia dibawah pemerintahan Islam sudah tiada. Kini hanya tinggal sejarah! Sejarah untuk dikenang, sejarah untuk dijadikan pengajaran dan sejarah yang hanya tinggal sejarah. Ramai yang tidak mengetahui betapa Andalusia dahulu begitu istimewa dan begitu unik. Berjaya mencipta kegemilangan yang menakjubkan. Dikala Eropah dilanda Zaman Gelap tetapi Andalusia terus bersinar dengan kemajuan dan kegemilangan yang dibawa oleh Islam. Sehinggakan ada sejarawan mengatakan bahawa Andalusialah yang telah mencetuskan Zaman Renaissance di Eropah. Jika tidak kerana Andalusia, nescaya eropah akan terus berada di Zaman Kegelapan.

Namun kini, hanya tangisan yang bergema bila mengenangkan Andalusia. Bilakah ianya akan kembali ke tangan Islam??? Hanya Allah yang mengetahui namun dengan kekuasaan-Nya, tiada yang mustahil!
Sejarah pemerintahan Islam ke atas Andalusia adalah lebih kurang 7 abad. Satu zaman yang sangat lama, dan ianya boleh dipecahkan kepada 6 tempoh yang penting.

sumber http://arthasreys.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment