Pada suatu hari semasa Nabi Musa memberi ceramah pagi beliau, Baginda menyatakan kepada mereka bahawasanya setiap butir gandum yang ada di dunia ini telah tertulis nama pemunyanya (Rezeki siapa).
Lalu ada seorang kafir yang duduk berdekatan dengan tempat itu mendengarnya, Lalu pada petang itu beliau datang berjumpa Baginda AS dengan membawa 4 butir biji Jagung. Dengan tujuan hendak menidakkan ceramah Nabi AS pada pagi tadi.
Beliau bertanya milik siapakah biji gandum ini?..lalu Nabi AS pun mengambil biji Jagung itu lalu menyatakan 3 dari pada bijian itu milik kafir itu dan satu diantaranya milik seekor ayam jantan yang ada 7 batu dari tempat ini.
Lalu si kafir itu pun ketawa, lalu dia makan semua biji jagung itu dan mengatakan Nabi AS salah. dan pergi dari situ.
Selepas itu, Si Kafir itu berasa kurang sihat kerana ada sebutir jagung terlekat di saluran pernafasan beliau dan jatuh sakit.
Datang teman2 beliau untuk meziarahi beliau dan bertanya kenapa?, beliau mengatakan setelah beliau mempersendakan Nabi Musa beliau jauh sakit, dan diberitahu kepada beliau oleh temannya terdapat seorang tabib yg tinggal 7 Batu dari tempat itu dan pergilah engkau untuk menemuinya . Mungkin beliau boleh membantu anda.
Si Kafir itu pun pergilah ke rumah tabib itu dan terpaksa beratur untuk menungu giliran. sambil menungu giliran beliau pun bersin dan keluarlah biji jagung yang tersangkut itu dari hidung beliau.
Lalu datang seekor ayam jantan memakan biji jagung itu..Subhanallah.
Dan baiklah sakit si kafir itu, dan terus beliau pergi berjumpa Nabi AS dan terus beriman dengan Allah..
Moral: Dont worry what ever is yours is destine to be yours, so give others right accordingly than Allah will give your rights accordingly.
SUMBER: HABIB SOLEH AL JOFRI AL MALIKI-SOLO INDONESIA
two thums up
ReplyDelete