Pandangan:
Terlihat, terdengar pandangan sinis sahabat2 dalam parti yang mempersoalkan tujuan TS Muhammad Taib dan DS Najib menerima beliau dengan keadaan sedimikian rupa, membuat satu sidang media khas selepas mesyuarat MT sebelum mengumumkan penyertaan TS khalid dan TS Muhammad Taib kedalam UMNO.
1.Saya tak gusar kalau yang melontar cemuhan dan kritikan ini ahli biasa UMNO, tetapi bila Ketua Cawangan dan pentadbiran bahagian mencemuhnya, saya terpanggil untuk memberi pendapat sinis saya kepada mereka.
2.Untuk menjadi pemimpin politik kita haruslah mempunyai jiwa yang besar, yang mampu melihat jauh dari sebuah fatamorgana. menjadi pemaaf sekiranya ia perkara baik dalam parti. melihat penyertaan TS adalah satu yang akan memberi kekuatan tambahan kepada parti. melihat perkembangan ini akan menambah sokongan baru kepada UMNO.Politik is a game of numbers.
3.Mereka berkata umpama mereka maksum dan tak pernah menjilat ludah mereka sendiri dimasa lalu. mereka ada diantaranya dulu mencemuh kita juga, tidak bersama kita, berdemo dijalanraya. kini alhamdulillah mereka bersama kita. dan berjuang disamping kita, dan kita angkat juga jadi pemimpin dalam sistem demokrasi UMNO.
4. Harus ada keyakinan kepada DS Najib yang di lebih tahu apa yang kita tak tahu. kalau PM kata baik kepada kita, kita kena yakin ianya baik kepada kita.Ini MB UMNO, sudah tentu banyak jasanya kepada Orang selangor, biar apa pun dia pernah kata kepada kita, kita angap ianya adalah leteran kempen politik beliau suapay dapat diterima, walaupun jiwanya masih UMNO dulu kini dan Selamanya.
No comments:
Post a Comment