PeaceLover

Hi thanks for visiting my BLOG, this is venue for me to Pen down my thoughts. I love current issues..i will try to pen it base on current issues.

Saturday, November 13, 2010

PEMIKIRAN YANG TIDAK TERBUKA

Segelintir dari masyarakat yang bekerja di sektor kerajaan atau berkaitan kerajaan, berpendapat bahawa mereka yang kerja di sektor perniagaan adalah satu perkara yang silap. Tidak mempunyai masa depan dan jumut.

Satu pemikiran yang amat kebelakang dan punca ramai orang melayu mundur. Mereka lebih rela terus duduk dalam sektor mereka dan berbunyi setiap tahun bila bonus takder, policy berubah, management tak pandai kerja, paksa ambil cuti dan banyaklah lagi isu isu remeh yang sering diperbincangkan yang sebenarnya tidak memberi produktiviti pun kepada negara, jabatan atau syarikat yang mereka bekerja. Semua tak betul dan hanya mereka sahaja yang betul.

Yang lebih buruk mereka kadang-kadang mempersendakan kononnya orang yang mahu mengorak langkah kehadapan ini sebagai menuju kegagalan dan berfikiran sempit.Malahan seperti mereka mempersendakan isu isu remeh dipejabat, mereka juga, mempunyai masa untuk mempersendakan perjuangan sahabat  mereka di pasaran.

Seharus nya mereka sepatutnya menyokong perjuangan sahabat-sahabat mereka dan memberi semangat bahawa ada orang yang lebih mampu memperjuangkan maruah bangsa dan mahu maju dan mahu berubah.
Saya berpeluang ke timur tengah baru-baru ini, saya  lihat banyak perniagaan dilakukan oleh keluarga Abang, adik, menantu dan ramai keluarga mereka terlibat dalam perniagaan mereka. Mereka bangga dengan memperkenalkan keluarga-keluarga mereka didalam mesyuarat dan majlis sosial.

Mereka berjaya kerana ramai keluarga mereka terlibat didalam perniagaan mereka dan semua mereka berkongsi semangat waja untuk berjaya dan berkongsi.

Sikap ini juga saya lihat di Serawak, ramai ahli keluarga berganding bahu untuk untuk berniaga. Mereka amat terbuka dan sikap ini yang menyebabkan mereka berjaya.

Terfikir untuk berkongsi, dengan blog saya setelah didekati oleh sahabat saya yang terlibat didalam kes diatas. Semoga allah memberi pedoman kepada mereka-mereka yang berfikiran sempit ini.Wallahualam....

No comments:

Post a Comment