PeaceLover

Hi thanks for visiting my BLOG, this is venue for me to Pen down my thoughts. I love current issues..i will try to pen it base on current issues.

Saturday, November 27, 2010

RUKUN NEGARA | Are we leaving within this spirit, Are we sure?


Semua orang tahu dan pernah mendengar tentang Rukun Negara, persoalannya adakah kita benar-benar hidup dengan prinsip dibawah, dari peringkat yang paling tetinggi ke peringkat yang paling bawah, adakah?
Adakah kita hidup dengan prinsip Sendiri/Kumpulan Sendiri atau prinsip Rukun Negara.

Oleh itu, mungkin kita boleh tukar jadi Warganegara kepada Wargadiri. 

Kalau warganegara kita kena pegang dan hidup dibawah prinsip berikut. 

Kerana Rukun Negara bakal menyelamat kan negara dari dijajah semula dan rukun sendiri akan memberi ruang kepada orang lain untuk menjajah semula negara kita...maka rukun ini kan jadi SEJARAH.....fikir-fikirkan,,

Renung-renungkan konsep Rukun Negara dibawah:


Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
  • Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya
  • Memelihara cara hidup demokratik
  • Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama
  • Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak
  • Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden:
Ikrar

Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
  • Kepercayaan kepada Tuhan
  • Kesetiaan kepada Raja dan Negara
  • Keluhuran Perlembagaan
  • Kedaulatan Undang-undang
  • Kesopanan dan Kesusilaan
PENJELASAN PRINSIP RUKUN NEGARA

Kepercayaan kepada Tuhan
Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali. Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.

Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.

Keluhuran Perlembagaan
Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semu pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan denga sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.

Kedaulatan Undang-Undang
Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasas selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak dari kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.

Kesopanan dan Kesusilaan
Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni
Sumber:WikiPedia

Monday, November 15, 2010

DASAR PENDIDIKAN NEGARA

Suka saya memberi pendapat tentang satu komen di FB yang saya baca,  Sebagai Rakyat, kenalah faham dasar pendidikan negara. kalau kita dah graduate atas pinjaman/ bantuan kerajaan. kita wajib bantu semula adik-adik yang lain, itulah perjuangan. jangan mementing diri.

Kalau kita mahu jadi bangsa yang berjaya. kita perlu ader sifat ingin menyumbang balik kepada negara, untuk keutuhan generasi akan datang, tidak kah allah berpesan kepada kita tentang 'hubungan dengan yang esa dan hubungan kita dengan manusia", sepatutnya memang wajib bayar

Saya juga peminjam wang JPA, masa di University, sampai sekarang masih bayar balik 100 sebulan jer, dan saya banga boleh meyumbang balik kepada negara.

Kaum china,banyak meyumbang kepada sekolah Cina,untuk pelajaran. Saya ada kawan saya di Gunung Keriang Kedah, bapak dia petani, sumbang 120 ringgit sebulan ke sekolah cina. Ini kita jawatan jurutera, nak sumbang 100 pun susah, kalau kita mahu berubah.kita perlu berubah minda kita,Tingalkan perasaan ingin jadi warga subsidi, seperti kerajaan jer ada tangung jawab kat kita, kita takder.

Kan kerajaan itu kita!! bukan DS Najib jer..

Saturday, November 13, 2010

POLITIK DI IPT


Dulu, kebanyakan ahli politik Melayu lahir dari pusat kecemerlangan Melayu, Sekolah Melayu, University Malaya dan University – University luar negara yang menempatkan banyak warga cerdik pandai Melayu.

AUKU 1971,diwartakan dan mengahalang penglibatan serius pelajar didalam politik secara langsung.dan tentunya dasar ini dibuat untuk menghalang pelajar dari menyibukkan diri dengan perkara2 tidak ekedemik dan mungkin menghalang mereka daripada lebih berjaya.sesuai dengan dasar negara untuk menjadi negara maju dari negara sedang membangun.

Tetapi, kini kita sedar bahawa, senario ini sudah berubah. Melayu sudah hilang pusat keberhasilan dan peyumbang pemikir2 Melayu. Ahli politik melayu yang lahir dari sekolah melayu, University Awam yang ditadbir oleh Orang Melayu.

Seharusnya pelajar-pelajar di benarkan berpolitik dan mendukung politik itu sendiri. Menjadi pencetus budaya politik baru dan merangsang politik Melayu.

Tentunya kita mahu Politik kita ditadbir oleh ideologi, pendekatan mesra melayu dan pengkukuhan ilmu dan wadah perjuangan Melayu itu sendiri. Sekiranya ini yang kita mahu, maka kita perlu keluar dari memfokuskan Melayu itu sendiri dari politik Business Man, Wang Man, Masyuk Man yang nyata jumut dan tidak akan membantu politk melayu dan kekuasan melayu itu sendiri...wallahuhalam.

PEMIKIRAN YANG TIDAK TERBUKA

Segelintir dari masyarakat yang bekerja di sektor kerajaan atau berkaitan kerajaan, berpendapat bahawa mereka yang kerja di sektor perniagaan adalah satu perkara yang silap. Tidak mempunyai masa depan dan jumut.

Satu pemikiran yang amat kebelakang dan punca ramai orang melayu mundur. Mereka lebih rela terus duduk dalam sektor mereka dan berbunyi setiap tahun bila bonus takder, policy berubah, management tak pandai kerja, paksa ambil cuti dan banyaklah lagi isu isu remeh yang sering diperbincangkan yang sebenarnya tidak memberi produktiviti pun kepada negara, jabatan atau syarikat yang mereka bekerja. Semua tak betul dan hanya mereka sahaja yang betul.

Yang lebih buruk mereka kadang-kadang mempersendakan kononnya orang yang mahu mengorak langkah kehadapan ini sebagai menuju kegagalan dan berfikiran sempit.Malahan seperti mereka mempersendakan isu isu remeh dipejabat, mereka juga, mempunyai masa untuk mempersendakan perjuangan sahabat  mereka di pasaran.

Seharus nya mereka sepatutnya menyokong perjuangan sahabat-sahabat mereka dan memberi semangat bahawa ada orang yang lebih mampu memperjuangkan maruah bangsa dan mahu maju dan mahu berubah.
Saya berpeluang ke timur tengah baru-baru ini, saya  lihat banyak perniagaan dilakukan oleh keluarga Abang, adik, menantu dan ramai keluarga mereka terlibat dalam perniagaan mereka. Mereka bangga dengan memperkenalkan keluarga-keluarga mereka didalam mesyuarat dan majlis sosial.

Mereka berjaya kerana ramai keluarga mereka terlibat didalam perniagaan mereka dan semua mereka berkongsi semangat waja untuk berjaya dan berkongsi.

Sikap ini juga saya lihat di Serawak, ramai ahli keluarga berganding bahu untuk untuk berniaga. Mereka amat terbuka dan sikap ini yang menyebabkan mereka berjaya.

Terfikir untuk berkongsi, dengan blog saya setelah didekati oleh sahabat saya yang terlibat didalam kes diatas. Semoga allah memberi pedoman kepada mereka-mereka yang berfikiran sempit ini.Wallahualam....

Monday, November 8, 2010

BANJIR DI UTARA


Malaysia dikejutkan sekali lagi dengan Banjir besar yang melanda di negeri2 di utara tanah air. Kali ini lebih hebat sehingga Kota Setar yang hebat telah ditengelamkan.

Satu malapetaka yang perlu kita fikir2kan.Kenapa, mungkin ada yang salah disana, ada yang tidak diurus dengan betul di sana?, wallah hu alam.

Mengikut lapuran, hanya 1 Juta wang disediakan untuk bantuan mangsa banjir yang berjumlah 40 ribu orang.

Kalau ikut matemetik, beringit2 jer ni dapat..kenapa terllau sedikit diperuntukkan. Keluarga saya di kedah sahaja kerugian berpuluh-puluh ribu ringgit.

Rumah, Harta Benda semua musnah...cukup ke 1 Juta nak bagi bantuan! Kita harap naikan lah budget tu sikit...sikit sangat tu...

UMNO SUDAH/SEDANG/BELUM BERUBAH


Pada Persidangn UMNO yang ke 61 baru lalu, presiden UMNO mengingatkan Ahli UMNO tentang sejarah, selepas 6 dekad, UMNO telah mendahului mana-mana pihak dalam memperkasakan Malayu di Malaysia. Dan Peranan UMNO yang julungnya, memperjuangkan Melayu dalam semua segi kehidupan, Baik dari segi Rohani dan Jasmani.

Dan tentunya bebanan tugas begini selama 64 tahun membawa bersama peluang, cabaran dan onar dalam mentadbir negara dalam menjadi pucuk utama pentadbiran negara sekian lama.

Pemimpin datang dan pergi, tetapi UMNO masih terus berdiri.

DS Najib juga telah menyatakan, orang melayu telah di uji oleh masa dan terus berdiri teguh disini dan diterima oleh bangsa lain untuk terus mentadbir.

Faktor kemmpinan Melayu itu sendiri, telah diperkemaskan dengan kedatangan islam dan disokong oleh pendekatan Wasatiyah.

Dimana semua urusan dunia , kehidupan, kemasyarakatan di seimbangkan dalm semua scope.
Dan kita juga dapat lihat Iltizam pemimpin2 kita yang mahukan kita terus berubah menjadi bangsa yang hebat....dan kita mahu pemimpin kita berkata..bahawa selama ini ia mampu merubah Melayu menjadi lebih baik.

Persoalannya...adakan UMNO SUDAH/SEDANG/BELUM berubah.....

Pada hemat saya..UMNO SUDAH berubah diatas, SEDANG berubah dibawah...tetapi masih BELUM berubah di saff kepimpinan tengah nya.

Tetapi kita yakin..Orang melayu bangun...bila dikejutkan...Semoga Allh melindungi Kita.